Catatan Perjalanan Dari Alor Setar ke Padang Besar
Catatan Perjalanan Dari Alor Setar ke Padang Besar
30 Disember 2016
Anak perempuan aku dah
mula bising sebab kami sekeluarga tidak ke mana-mana cuti sekolah ni dan anak
lelaki aku asyik dok kat umah je sebab baru abis SPM, aku dan isteri aku pun
berbincang nak ke mana kami nak bawa anak kami berdua tu. Isteri aku cakap
member dia dah pi ke Padang Besar dan banyak perubahan tak macam dulu. Aku pun
cakap kat isteri aku yang sekarang ni cuti sekolah dan ramai orang akan pergi
ke Padang Besar tu dan jalan akan jem serta tak ada parking kereta api isteri
aku cakap member dia tu naik kereta api komuter je pi Padang Besar. Aku pun
setuju kami sekeluarga pi ke Padang Besar dengan menaiki kereta api komuter
sebab senang dan mudah. Anak perempuan aku pun belum pernah naik kereta api.
Petang tu kami
sekeluarga pergi ke Stesen kereta api Alor Setar untuk membeli tiket dan sampai
di kaunter tiket kami telah bertanya kepada kerani tiket tersebut berapa harga
tiket dan waktu perjalanan kereta api
dari Alor Setar ke Padang Besar. Kerani tu cakap kalau naik ETS tambang
RM 16.00 sorang dan kalau naik komuter plak, harganya RM 5.70 sorang untuk
dewasa. Kami pun ambil keputusan untuk beli tiket naik komuter je untuk 31
Disember 2016. Kerani tu cakap tiket hanya boleh dibeli pada masa nak pi Padang
Besar je dan tak boleh beli sehari sebelum. Kami pun baliklah ke umah dan malam
tu kami berbincang untuk bergerak awal pagi jam lebih kurang 6.00 pagi supaya
kami boleh membeli tiket awal dan bersarapan.
31 Disember 2016
Kami bergerak dari umah di Jitra
menuju ke Stesen Kereta api Alor Setar dan sampai lebih kurang 6.30 pagi. Kami
telah membeli tiket untuk 4 orang dewasa pi dan balik berjumlah RM 45.60.
Selepas itu kami pun pi sarapan di gerai makanan bersebelahan bangunan Bank
Rakyat Alor Setar.
Kami menaiki komuter jam 7.33 pagi
dan semasa kami menaiki komuter tersebut kelihatan ramai penumpang berada dalam
komuter tersebut. Mungkin mereka naik komuter dari Stesen Butterworth kot. Ramai
penumpang berbangsa Cina dalam komuter tersebut dan mungkin mereka hendak ke
Hatyai atau Krabi untuk bercuti dan menyambut Tahun Baru kat sana. Kami
sekeluarga dapat melihat keindahan sawah padi dan bukit bukau sepanjang
perjalanan ke Padang Besar. Dalam perjalanan tersebut, komuter telah berhenti
di stesen Anak Bukit, Kodiang, Arau, Bukit Keteri dan akhir sekali Padang
Besar.
KAMI SWAFOTO SEMASA SAMPAI DI
STESEN PADANG BESAR
Padang Besar terletak di sempadan Negeri Perlis dan Thailand (Bandar Songkla) dan lokasinya adalah 35 km menghala ke Timur Laut bandar Kangar. Kalau dah ke sini, maka rugilah kalau tak singgah ke Padang Besar, kata mak aku barang-barang dekat situ murah-murah terutamanya pinggan mangkuk dan periuk belanga. Menurut sumber yang boleh dipercayai, Padang Besar ni bertentangan dengan sebuah pekan di Thailand yang juga dinamakan Padang Besar.
Kami sekeluarga menuju ke bangunan
Aked Niaga dan melihat banyak gerai dan kedai-kedai yang masih belum dibuka.
Seterusnya kami pergi ke gerai makanan yang terletak di sebelah Aked Niaga
untuk bersarapan sambil menunggu kedai-kedai dibuka. Kami bersarapan nasi lemak
dan pulut ayam….memang sedapppp…kami sempat bertanyakan kepada peniaga tu jam
berapa mereka berniaga dan mereka cakap jam lebih kurang 10.30 pagi.
MAKANAN SEDAP-SEDAP KAT
SINI …BAK HANG !!!!!!
BANGUNAN AKED NIAGA
Kami juga sempat
membeli beberapa helai baju t-shirt bola sepak dan seluar panjang serta
alat-alat solekan.
Jam lebih kurang 4.30 petang kami bergerak
balik dari Aked Niaga ke stesen kereta api Padang Besar dan seterusnya menaiki
komuter balik ke Stesen Alor Setar.
Memang rugi kalau
sesapa yang tak pergi ke Padang Besar. Kalau tak nak naik kereta, kita naik la
komuter….senang, mudah dan tidak memenatkan.




















0 comments: